|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 17 August 2008 |
|
Ramadhan akan datang menemui kita buat sekian kalinya. Ia adalah bulan keberkatan dan rahmat. Ia adalah bulan keampunan dan penerimaan amal. Ia adalah bulan manusia melepaskan diri dari azab neraka. Berpuasa di siangnya adalah fardhu. Menghidupkan malamnya adalah kecintaan Allah. Ia adalah penyempurna kepada rukun-rukun Islam. Tanpanya tidak akan sempurna agama seseorang.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam dibina di atas lima asas; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari). Lima rukun Islam inilah asas kebaikan seseorang manusia di dunia dan penyelamat mereka di akhirat nanti. Amru bin Murrah al-Jahni r.a. bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadhan. Siapakah aku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dari kalangan siddiqin dan syuhada’.” (Riwayat Ibn al-Bazar dan Ibnu Hibban).
|
|
Read more...
|
|
|
Islam Awareness for New Zealanders |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 11 August 2008 |
|
 CAIRO — Muslims in New Zealand are organizing a week of open days at mosques, interfaith panel discussions, Islamic cultural arts and crafts displays and ethnic food fairs. "The reason is to give a better understanding of Muslims and Islam to the wider community," Javed Khan, president of the Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ), told the Sunday Star Times on Monday, August 11. The 5th annual Islam awareness week, running on August 4-11 and themed "Strong Families, Better Society," included open days at most of the country's mosques and Islamic centers.
|
|
Read more...
|
|
|
Kelahiran Mujahid Umar bin Mohd Nazeri |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 06 August 2008 |
|
 AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat akh Mohd Nazeri bin Kamaruddin sekeluarga atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Putera yang diberi nama Umar selamat dilahirkan tepat pada 3:44 pm (waktu UK), 3 Ogos 2008 bersamaan 2 Sha'ban 1429H di Queen's Medical Centre University Hospital, Nottingham, UK dengan berat 2.71 kg. Syukur dipanjatkan pada Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. Menurut akh Nazeri, putera tersebut diberi nama Umar supaya setiap insan yang memanggil namanya akan menyebutnya beserta doa dan harapan yang tinggi agar dia menjadi seorang mujahid dan pemimpin yang soleh seperti Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. AUSIS mendoakan agar Umar bin Mohd Nazeri bakal menjadi penerus perjuangan Islam yang akan mengislah dunia dan menjadi qudwah sepanjang zaman dalam meninggikan kalimat Allah di muka bumi ini.. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada akh Mohd Nazeri yang pernah menuntut di University of Melbourne, Australia dalam jurusan Master in Engineering Telecommunications. Semoga Allah memberkati bayi, ummi dan abinya.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 06 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Jemputan Walimah Yasser Ariff & Raja Rina |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 05 August 2008 |
|
 AUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Akh Yasser Ariff bin Ahmad Sidi dan Ukht Raja Rina bt Raja Ikram khusus buat warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 10:30 pagi, 9 Ogos 2008 di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Majlis walimah sebelah keluarga perempuan pula akan diadakan di Jitra, Kedah pada 21 Ogos 2008 sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 23 Ogos 2008 di Padang Rengas, Perak. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini. "Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
|
|
Last Updated ( Thursday, 07 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Syaaban Persiapan Tempuh Ramadan |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 05 August 2008 |
|
 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." (at-Taubah : 36). Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis. Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
|
|
Last Updated ( Tuesday, 05 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Islam Agama Utama Russia Menjelang 2050 |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 28 July 2008 |
|
Kadar kelahiran penduduk Muslim tinggi resahkan Kremlin MOSCOW: Islam bakal menjadi agama utama di Russia menjelang 2050 berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan penduduk Islam republik itu. Buat masa ini, kawasan Timur Jauh Russia sudah pun mencetuskan kebimbangan bagi Kremlin, manakala kadar kelahiran di wilayah berbeza negara itu turut menimbulkan masalah lain. Penduduk Islam berkemungkinan besar menjadi komuniti paling besar di pertengahan abad ini dan disebabkan itu, agama suci berkenaan mempunyai segala peluang menjadi agama utama di Russia.
|
|
Last Updated ( Monday, 28 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Semester Baru Menjelang Lagi |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 26 July 2008 |
|
Setelah lebih sebulan menikmati tempoh percutian sempena musim sejuk, kini tibalah masa untuk para penuntut universiti-universiti di Australia dan New Zealand kembali meneruskan pengajian masing-masing. Mudah-mudahan nikmat masa lapang yang diperolehi telah dimanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dikategorikan sebagai ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (az-Zaariyat: 56). AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat memasuki semester yang baru khusus buat para pelajar Malaysia di Australia dan New Zealand. Begitu juga buat adik-adik yang berada di kolej-kolej persediaan di seluruh Malaysia. Semoga kedatangan semester baru kali ini mendorong kita semua untuk meningkatkan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan sekaligus memartabatkan agama, bangsa dan negara.
|
|
Last Updated ( Saturday, 26 July 2008 )
|
|
|